اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ
قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku."

Selasa, 6 Disember 2011

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN BULAN

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ  ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ  ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.








Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Dalilnya :
عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”
 
 
Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian
i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :
i.                    Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii.       Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
*        Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
 
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
 
  
ii.      Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
 
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i.  Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Kaifiatnya adalah seperti berikut:
Berdasarkan hadis :
 
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُُ فَقَالَ  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
 
Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’  ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
 

                                                                                     
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.       Membaca surah al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.

b.   Rakaat kedua.

1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah       
          atau mana-mana surah.
5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
*        Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
*        Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
*        Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Khutbah Solat Gerhana :
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
 
 
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
 
i.        Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii.       Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii.      Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai,  jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv.      Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )
 
Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
Contoh :
i.        Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii.       Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii.      Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.
 

Isnin, 14 November 2011

WANITA SOLEHAH HIASAN DUNIA

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.


Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Rabu, 9 November 2011

CINTA DALAM ISLAM




Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

Selasa, 8 November 2011

LIMA PENAWAR HATI


Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :
 
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.
Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.
  
Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat. 


Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.
Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.

Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.


Ahad, 6 November 2011

TAKUTLAH PADA DOA ORANG YANG DIZALIMI

Zalim adalah perbuatan yang dilaknat oleh Allah Taala. Apabila kita menzalimi seseorang, maka tidak akan ada hijab doanya dengan Allah Taala. Allah an kan mendengar secara terus permohonan doa mereka yang dizalimi tersebut, sama ada dari kalangan Muslim atau tidak, bahkan dari kalangan binatang yang berada di atas muka bumi ini. Terdapat dalam satu hadith bahawa terdapat tiga jenis doa' yang mustajab dan pasti Allah Taala akan memakbulkannya. Doa tersebut adalah doa orang yang sedang berpuasa, doa' orang yang dalm bermusafir dalam kebaikan dan doa' orang yang dizalimi. Yang termasuk dalam kategori orang yang dizalimi adalah apabila mereka difitnah, ditipu, dikhianati, dibohongi, diracun, disihir dan lain-lain lagi termasuklah keluarganya.
Sejak zaman-berzaman, terdapat banyak tragedi kezaliman yang dilakukan oleh golongan yang berkuasa ke atas rakyatnya. Dalam Al-Qur'an terdapat amat banyak kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan tentang pelbagai bentuk kezaliman yang dilakukan oleh anak Adam apabila mereka memperolehi kekuasaan di atas muka bumi ini. Kita sudah maklum betapa zalim dan kejamnya Fir'aun pemerintan Mesir yang memperlakukan penindasan yang sewenang-wenangnya ke atas Bani Israel. Kemuncak kepada kekejaman tersebut adalah apabila Fir'aun mengarahkan kepada tenteranya supaya membunuh semua bayi laki-laki yang baru dilahirkan setelah tukang tenungnya meramalkan akan lahir seorang bayi lelaki yang apabila besar kelak akan meruntuhkan kerajaannya. Di penghujung kezalimannya, Fir'aun mengejar Nabi Musa dan orang-orang yang beriman untuk membunuh kesemuanya sehingga sampai di tepi laut merah. Kesudahannya dengan kuasa Allah Taala yang maha agung nabi Musa dan orang-orang yang beriman terselamat setelah laut merah terbelah dua. Akan tetapi nasib malang menimpa Fir'aun dan tenteranya apabila laut tersebut terncantum kembali ketika mana rombongan nabi Musa telah selamat sampai ke seberang.
Kita juga dapat melihat dalam catatan-catatan sejarah betapa banyak kerajaan yang agung dan besar telah runtuh dan tidak dapat bangun sampai bila-bila apabila sang raja melakukan kezaliman ke atas mereka yang tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu. Sejarah keagungan kerajaan Bani Abbasiah yang cukup kuat dan hebat, akhirnya hancur berkecai diamuk serbuan tentera monggol dan tartar yang menbumihanguskan kota Baghdad. Serbuan yang dasyat dan ganas itu diketuai oleh Hulagu Khan, cucu kepada Genghis Khan, maharaja yang menyatukan seluruh Monggolia ketika itu. Dikatakan betapa banyak kezaliman yang amat melampaui batasan telah dilakukan oleh sang khalifah terhadap bukan sahaja ulama' Islam, bahkan ke atasa orang kafir. walaupun bukan beragama Islam, tetapi kerana mereka dizalimi, maka Allah ternyata mendengar jua rintihan hatinya. Sesungguhnya Allah maha mendengar, maha berkuasa lagi maha perkasa.
Kekejaman yang dilakukan oleh khalifah Abbasiah bukan sahaja ditimpakan kepada orang-biasa sahaja, sebaliknya golongan ailm ulama' juga tidak terkecuali. Betapa banyaknya orang alim yang dipenjarakan oleh sang khalifah apabila mengingkari arahan khalifah. Dikatakan khalifah telah memaksa ramai orang-orang alim supaya mengeluarkan fatwa yang menyalahi hukum syara' yang sebenar. Mana-mana orang alim yang mengengkarinya akan dihukum. Diriwayatkan bahawa Imam Malik juga pernah disakiti dan dizalimi oleh sang khalifah. Begitu juga dengan Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hambal.
Sesungguhnya perbuatan zalim bukan hanya setakat ke atas manusia sahaja. Perbuatan zalim juga meliputi kepada semua benda yang berada di dunia ini. Terdapat satu kisah bahawa seseorang telah bertindak membuang air kencing di atas tanah yang terdapat lubang di atasnya, sedangkan pada masa yang sam mengetahui bahawa di dalam lubang tersebut terdapat haiwan yang hidup. haiwan itu menjadikan lubang itu sebagai tempat tinggalnya dan berlindung dari bahaya dan panas matahari. Dia begitu bersyukur betapa Allah telah menyediakan tempat yang selamat bagi dirinya, yang cukup untuk dirinya sebagai seekor binatang dan mampu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Apabila datang seorang manusia yang dengan sikap sombong dan bongkak dengan sewenang-wenangnya kencing di atas lubang tersebut, maka haiwan yang terdapat dalam lubang merasa amat terhina dan dizalimi. Lantas dia berdoa kepada Allah Taala agar memberikan hukuman yang sewajarnya kepada manusia yang sombong tersebut. Maka Alla Taala yang bersifat maha mendengar telah mendengar rintihan makhluknya dianiaya dan tidak mampu berbuat apa-apa telah memakbulkan doa' tersebut dan telah memberikan pengajaran kepada manusia tersebut.
Terkadang apabila seseorang itu ditimpa musibah atau penyakit yang pelik dan tidak dapat diubati dengan kaedah perubatan moden, maka dia akan beralih kepada perubatan tradisional. Terdapat setengah pengamal perubatan tradisional akan menyoal tentang latar belakangnya, cara hidupnya, kekayaan yang diperolehinya dan bermacam-macam lagi. Ini kerana bomoh tersebut mahu mempastikan dahulu apakah punca sebenar ditimpa penyakit tersebut. Ini kerana terdapat kes di mana penyakitnya adalah disebabkan oleh buatan orang yang menggunakan sihir dan makhluk halus. Akan tetapi ada juga banyak kes kerana ditimpa doa pihak yang dizalimi. Kadang-kala seseorang itu mahu naik pangkat lebih cepat, maka dia mengambil jalan mudah dengan menjatuhkan orang lain yang lebih sepatutnya naik pangkat lebih dahulu daripadanya. Dalam perniagaan pula, banyak kejadian menipu pihak lain dengan tujuan untuk membolot kekayaan tersebut. Ini adalah kezaliman yang tidak sepatutnya dilakukan. mereka melakukan hanya untuk mendapatkan sedikit habuan dunia.
Apabila bomoh tersebut mendapati bahawa penyakit yang menimpa pesakitnyakemungkinn disebabkan ditimpa oleh doa' orang yang dizalimi, maka dia akan meminta agar pesakit tersebut bertaubat terlebih dahulu. Taubat tersebut adalah taubat nasuha, iaitu sebenar-benar taubat dengan penuh perasaan menyesal di atas dosa yang dilakukannya dan berjanji tidak akan melakukannya sampai bila-bila. Perkara yang paling penting adalah mesti berjumpa dengan orang yang dizalimi dahulu dan meminta maaf di atas perbuatannya dahulu. Dia mestilah menahan malu dan memohon kemaafan dengan penuh ikhlas. Kebiasaannya bomoh itu juga akan meminta si pesakit agar memberikan makan kepada penghuni rumah anak yatim atau pun di sekolah tahfiz dengan tujuan untuk membuang perasaan tamakkan harta dunia.
Sesuatu yang aneh biasanya apabila semua itu dibuat, maka upacara pengubatan akan dilakukan dan dengan mudah sahaja akan hilang penyakitnya. Kadang-kala upacara pengubatan tersebut tidak perlu dilakukan disebabkan penyakit itu semakin kurang sedikit demi sedikit dan sembuh dengan sendiri. Selalunya apabila sembuh dari penyakit aneh tersebut, maka si pesakit akan mengadakan kenduri kesyukuran dan akan terus mengeratkan hubungan silaturrahim dengan semua orang. Dia juga bertekat tidak akan lagi melakukan kezaliman sesama manusia.
Sebenarnya mahu melakukan perkuatan yang seadil-adilnya amat susah. walaupun kita berusaha untuk berlaku adil kepada semua orang, akan ada walau pun sedikit pihak yang merasa masih kurang adil. Perbuatan cuba sedaya upaya untuk berlaku adil ini telah cuba dilakukan oleh Rasulullah SAW, para Khulafa' Rasyidin, pemimpin-pemimpin negara Islam dan pembesar-pembesar di setiap zaman. Akan tetapi natijahnya tetap serupa, iaitu pasti akan akan suara yang mengatakan masih lagi tidak berlaku adil. Cuma bilangan yang memperkatakan tentang itu sama ada sedikit atau banyak. Sebab itulah kita perlulah menyakini bahawa yang paling adil di antara yang adil adalah Allah Taala. Dia akan memberikan pembalasan yang seadil-adilnya apabila apabila tiba hari pembalasan kelak.

TATACARA TAUBAT NASUHA

Sesungguhnya tidak satu manusia pun di alam ini yang terbebas dari dosa walaupun kecil. Namun demikian Allah swt dengan rahmatnya kepada hamba-hamba-Nya selalu memberikan kepada mereka yang berbuat dosa kesempatan untuk bertaubat dari segala dosa dan kesalahan. Allah selalu membukakan pintu taubat-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang mau bertaubat selama ruhnya belum berada di kerongkongan atau matahari terbit dari barat.
Taubat dari dosa menurut Al Ghozali adalah kembali kepada Sang Maha Penutup aib dan Yang Maha Mengetahui yang ghaib (Allah swt). Ia merupakan awal perjalan orang-orang yang berjalan, modal orang-orng sukses, langkah awal para pencinta kebaikan, kunci istiqomah orang-orang yang cenderung kepada-Nya, awal pemilihan dari orang-orang yang mendekatkan dirinya, seperti bapak kita Adam as dan seluruh para Nabi.(Ihya Ulumuddin juz IV hal 3)
Tentunya taubat seorang yang berdosa hendaklah dilakukan secara serius dan sungguh-sungguh bukan bertaubat kemudian dengan mudahnya dia mengulangi lagi perbuatan maksiatnya. Inilah yang disebut dengan Taubat Nashuha artinya taubat yang sebenar-benarnya, murni dan tulus, sebagaimana firman Allah swt,”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb Kami, sempurnakanlah bagi Kami cahaya Kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. At Tahrim : 8)
Dosa yang dilakukan seorang manusia baik yang terkait dengan Allah swt, seperti : tidak menjalankan perintah-perintah-Nya ataupun dosa yang terkait dengan manusia lainnya, seperti : mencuri harta bendanya dan lainnya, menuntutnya untuk melakukan taubat agar Allah swt memberikan ampunan kepadanya dan manusia yang dizhalimi tersebut memberikan pemaafan kepadanya.

Cara-cara melakukan taubat nashuha :

1. Meninggalkan kemaksiataan yang dilakukannya.
2. Menyesali perbuatannya.
3. Bertekad kuat untuk tidak mengulangi lagi selama-lamanya.
4. Jika terkait dengan hak-hak orang lain maka hendaklah ia mengembalikannya kepada yang memilikinya.

PENAWAR SAKIT HATI

Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.


Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu.
Pemiliknya pun akan stress dan jauh dari keceriaan.
Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.


Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa dan azabNya kembali kepada kita sendiri?


Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.
Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti.
Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan.


2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya.
Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki pun pupus.
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).


3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.
Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu.
Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”


4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.”
Demikian firman Allah dalam Al-Qur’an Surat Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf.
Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).


5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan saudaranya.
Dia mengatakan macam-macam tentang saudaranya, dan menilai dirinya lebih baik.
Tentu, hal ini  yang tidak benar
Akan tetapi, hendaknya setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.


6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.
Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.
Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan