اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ
قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku."

Ahad, 6 November 2011

MENGAWAL KEMARAHAN

Sifat marah merupakan perkara semulajadi yang ada pada setiap orang. Apa yang perlu kita lakukan apabila kita marah ialah mengawalnya. Terdapat beberapa cara untuk mengawal kemarahan.

Pertama, ingat kesan kemarahan. Apabila kita marah fikiran kita menjadi tidak tenteram, stress, denyutan jantung makin laju dan tekanan darah menjadi tinggi. Jika kita terus marah ia boleh menyebabkan badan kita lemah atau sakit. 

Kedua, mengambil wuduk. Bagi orang Islam kita hendaklah mengambil wuduk. Kemarahan boleh dikawal jika kita mengambil wuduk. Ia merupakan penawar yang sangat mujarab kerana marah merupakan unsur api manakala mengambil wuduk merupakan unsur air. Air dapat memadamkan api.

Ketiga, berfikiran positif. Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif ketika sedang marah. Fikiran positif dapat menghentikan kemarahan berterusan. Contohnya jika kita dimarahi oleh guru kerana lambat menghantar kerja rumah kita hendaklah menganggap bahawa guru kita ingin menjadikan kita sebagai pelajar yang sentiasa mementingkan ketepatan masa.

Keempat, melakukan senaman. Pergilah bersenam seperti joging, bermain bolasepak, badminton, berbasikal atau senaman lain.

Kelima, makan buah-buahan. Buah-buahan mengandungi pelbagai vitamin hendaklah dimakan setiap hari. Buah-buahan dapat membantu mengurangkan perasaan marah.
Kejayaan mengawal kemarahan memberi kesan yang baik kepada kita dan akan menjadikan hidup kita lebih tenteram dan bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan